Apa Itu Bios?


BIOS (Basic Input Output System) ialah koleksi program/pengaturcaraan yang dijalankan sebaik sahaja komputer dihidupkan. Program ini telah dimasukkan ke dalam BIOS Flash ROM/Chip semasa proses membuat motherboard di kilang.


Contoh BIOS Chip

BIOS chip menyimpan ingatan ROM, ini bermaksud ingatan BIOS adalah bersifat kekal, ini bermaksud program BIOS masih kekal disimpan walaupun suis komputer dimatikan.

Bagi memudahkan kita memahami fungsi BIOS yang asas, kita dapati bahawa setiap kalau komputer kita dihidupkan, maka paparan monitor akan menunjukkan seperti gambar di atas. Dari paparan tersebut kita dapat lihat bahawa program BIOS berfungsi untuk mengesan setiap perkakasan komputer yang dipasang mengikut turutan yang telah ditetapkan. Contoh perkakasan komputer yang dikesan semasa proses POST (Power On Self Test) ialah Processor, RAM dan Hard Disk.

Komentar

Postingan Populer